Apa itu EMAS..? Sekarang banyak artikel yang membicarakan tentang emas sama ada dalam akhbar2 atau media elektronik. Emas adalah logam yg amat berharga yg membantu melindungi nilai tunai. Ianya bakal membantu menjana keuntungan sekiranya mereka tahu bagaimana kaedah yg betul dalam membuat pelaburan Emas. Emas juga membina serta meningkatkan ekonomi Ummah dari sudut pengagihan Zakat.
Kalau dilihat kepada matawang sekarang, nilai RM50 mungkin tidak sama nilainya pada masa akan datang sebab sifat matawang mengalami inflasi. Mungkin hari ini, RM50 kita boleh membeli 3 barang tapi, nilai RM50 belum tentu kita dapat membeli 3 barang lagi pada masa akan datang. Namun emas, harga yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan nilai emas amat berharga. Kalau di zaman Rasulullah S.A.W dulu, harga 1 Dinar emas boleh membeli seekor kambing, tapi sekarang harga seekor kambing sama nilai dengan 1 Dinar sebab harga 1 Dinar sekarang lebih kurang RM800++. Jelas di sini, kuantiti emas yang digunakan untuk membeli seekor kambing tetap sama iaitu 1 dinar tapi nilai nilainya meningkat berkali-kali ganda.
TIPS-TIPS Mengapa Perlu Menyimpan EMAS :-
- Emas adalah pelindung nilai tunai agar masa depan kita tidak terbelenggu oleh masalah ketidakmampuan membayar harga barang keperluan yang sentiasa meningkat.
- Emas diperlukan sebagai portfolio pelaburan kerana ianya sangat stabil dalam jangka masa panjang.
- Simpan emas dapat memperkasakan ekonomi seseorang sekali gus mengagih-agihkan kekukuhan ekonomi itu sesama keluarga dan masyarakat melalui ilmu dan zakat.
- Sementara harga menurun buat masa ini, ini lah masa yang sesuai untuk memiliki emas fizikal sama ada jongkong emas, dinar emas dan sebagainya sebelum harga emas meningkat semula.
Amaran : * Jangan terpedaya dengan pelaburan-pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan tanpa mendapat emas fizikal sebaliknya selidik dan kaji dulu sebelum membuat pelaburan. Jangan sampai anda tertipu dan terpedaya dengan skim-skim pelaburan emas yang tidak sah disisi undang-undang.
Nukilan,
Azman
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
0 comments:
Catat Ulasan