Kelebihan Menjadi DEALER PublicGold

Assalamualaikum dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya ni. Di sini saya sudi berkongsi dengan anda tentang kelebihan-kelebihan yg bakal anda perolehi sekiranya menjadi Dealer PublicGold ibarat jadi tokeh emas ler. Untuk menjadi dealer PG ni anda hanya perlu membeli produk dari PublicGold samada gold bar, dinar, i-series, jewellery atau silver dalam jumlah RM20,000. Dengan RM20,000 anda akan memiliki produk2 tersebut mengikut kehendak anda. Antara kelebihan menjadi dealer PG ni :-


  1. Anda boleh menjual produk2 PublicGold seperti GoldBar, Dinar, i-series, jewellery dan silver
  2. Anda akan dibayar komisyen berdasarkan dari jualan produk2 PG. Walaupun hanya menjual 1 dinar pn anda tetap dibayar komisyen.
  3. Dari segi capital gain, jadi dealer pn untung, tk jadi dealer pn untung kerana makin lama kita menyimpan emas makin untung kerana setiap tahun harga emas sentiasa naik. Emas adalah penyimpan nilai yg kukuh dan stabil.
  4. Anda juga mendapat keuntungan melalui kaedah BUY BACK daripada pelanggan. Contohnya pelanggan anda membeli 20gm goldbar mengikut harga PG Sell iaitu RM3472.00. Beberapa bulan kemudian pelanggan anda tersebut ingin menjual semula emas 20gm itu kepada anda dan anda mengambil emas 20gm tu dengan harga PG Buy & mungkin pada masa tu harga PG Buy RM3,500.00. Kebetulan nk jadi cerita, pada masa tersebut ada pelanggan anda yg lain ingin membeli emas goldbar 20gm dan harga pada masa tu mengikut PG Sell RM 3,900.00. Berapa keuntungan anda : RM3,900 - RM3,500 = RM400.00. banyak tu...
  5. Kalu anda tak menjual pn masih memperolehi keuntungan. Dari jumlah modal RM20,000 yg anda keluarkan dan memperolehi produk2 PG untuk simpanan jangka panjang. Kalu 15 tahun akan datang agak2nya berapa kenaikan harga emas. Mengikut trend harga emas mengalami kenaikan 25% setahun.
  6. Kalu anda ingin jual semula produk2 PG ni kepada PublicGold, anda masih memperolehi komisyen sebanyak 0.5%.
Kesimpulannya, sesiapa berminat menjadi dealer PG ambil keputusan secepat mungkin dan miliki emas2 @ silver sebagai simpanan & juga pelaburan sebelum harga emas terus meningkat.






















"Sharing is Caring"


azman 019 384 1303


Sila layari untuk melihat harga emas & silver terkini :-


http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html
Category: 1 comments

BICARA TENTANG EMAS

Apa itu EMAS..? Sekarang banyak artikel yang membicarakan tentang emas sama ada dalam akhbar2 atau media elektronik. Emas adalah logam yg amat berharga yg membantu melindungi nilai tunai. Ianya bakal membantu menjana keuntungan sekiranya mereka tahu bagaimana kaedah yg betul dalam membuat pelaburan Emas. Emas juga membina serta meningkatkan ekonomi Ummah dari sudut pengagihan Zakat.

Kalau dilihat kepada matawang sekarang, nilai RM50 mungkin tidak sama nilainya pada masa akan datang sebab sifat matawang mengalami inflasi. Mungkin hari ini, RM50 kita boleh membeli 3 barang tapi, nilai RM50 belum tentu kita dapat membeli 3 barang lagi pada masa akan datang. Namun emas, harga yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan nilai emas amat berharga. Kalau di zaman Rasulullah S.A.W dulu, harga 1 Dinar emas boleh membeli seekor kambing, tapi sekarang harga seekor kambing sama nilai dengan 1 Dinar sebab harga 1 Dinar sekarang lebih kurang RM800++. Jelas di sini, kuantiti emas yang digunakan untuk membeli seekor kambing tetap sama iaitu 1 dinar tapi nilai nilainya meningkat berkali-kali ganda.

TIPS-TIPS Mengapa Perlu Menyimpan EMAS :-



  1. Emas adalah pelindung nilai tunai agar masa depan kita tidak terbelenggu oleh masalah ketidakmampuan membayar harga barang keperluan yang sentiasa meningkat.



  2. Emas diperlukan sebagai portfolio pelaburan kerana ianya sangat stabil dalam jangka masa panjang.



  3. Simpan emas dapat memperkasakan ekonomi seseorang sekali gus mengagih-agihkan kekukuhan ekonomi itu sesama keluarga dan masyarakat melalui ilmu dan zakat.



  4. Sementara harga menurun buat masa ini, ini lah masa yang sesuai untuk memiliki emas fizikal sama ada jongkong emas, dinar emas dan sebagainya sebelum harga emas meningkat semula.


Amaran : * Jangan terpedaya dengan pelaburan-pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan tanpa mendapat emas fizikal sebaliknya selidik dan kaji dulu sebelum membuat pelaburan. Jangan sampai anda tertipu dan terpedaya dengan skim-skim pelaburan emas yang tidak sah disisi undang-undang.



Nukilan,


Azman





Category: 0 comments

Gandakan Emas Melalui Teknik Ar Rahnu

Terima kasih kerana sudi membaca info pada blog saya ni. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yg saya dpt & juga pengalaman bagaimana kita boleh menambah stok emas dgn menggunakan teknik Ar Arahnu (Pajak Gadai Islam). Antara bank2 yg memberi perkhidmatan Ar Rahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Yapeim dll.(boleh rujuk pada bank2 yg memberi perkhidmatan ni). saya akan tunjukkan cth perkiraan utk membuat pajak gadai Islam (Ar Rahnu). Apa yg perlu anda bawa semasa membuat pajak gadai ni adalah emas (barang kemas), i/c & juga resit pembelian emas tersebut (bergantung pd syarat2 bank).


Contoh :-

Anda mempunyai brg kemas I-Series 50gm & bawa ke bank. Cthnya pd masa tu harga semasa emas RM176/gm (rujuk harga kat bank), jadi nilai emas anda pd masa tu adalah RM 8,800.00 (RM176 x 50gm). Daripada nilai emas tu, anda akan mendapat pinjaman atau tunai sebanyak 65% (rujuk terma & syarat bank) iaitu RM 5,720.00. Upah simpan utk sebulan dlm RM0.60/RM100 & tempoh boleh dibuat selama 6 bulan.


Nilai emas anda => RM 8,800.00


Pinjaman 65% => RM 5,720.00


Upah Simpan => RM 0.60/RM100


Tempoh Pajak => 6 bulan

Jadi, upah simpan selama 6 bulan => RM 8,800 / RM100 x RM 0.60 x 6 bulan,


==> RM 316.80 (RM 52.80/Sebulan)


Bayaran semula kpd bank sekiranya anda ingin menebus semula bila cukup tempoh matang :-


==> RM 5,720 (Pinjaman) + RM 316.80 (Upah Simpan)

==> RM 6,036.80

*anda boleh tebus pd bila2 masa ikut kehendak anda


Dengan pinjaman yg anda dapat RM 5,720.00 tersebut, anda boleh membeli emas lagi. Bila anda beli emas lagi, buat Ar Rahnu lagi dan beli lagi emas. Nanti bila anda dh tebus semua emas-emas anda. anda mungkin telah mengumpul beberapa emas sebagai simpanan. Sekiranya harga emas terus naik, berapakah untung yg anda bakal dapat sekiranya anda menjual emas2 tu..ni sebagai cth bagaimana anda ingin menggandakan stok emas-emas anda. Apa2 pn buat mengikut kemampuan anda. Anda perlu bijak membuat perancangan kewangan anda. Kejayaan anda adalah bergantung pada diri anda.


*Ada apa2 yg anda musykil, sila berhubung dgn saya. InsyaAllah dgn ilmu yg sy pelajari sy sudi berkongsi dgn anda semua. "Sharing is Caring"


Nukilan,

Azman

019-384 1303






Category: 0 comments

PELUANG KEEMASAN

Salam 1 Malaysia. EMAS merupakan logam yang tidak boleh dicipta oleh manusia dan mempunyai nilai yang tinggi. Namum begitu, masih ramai yang menganggap emas adalah keperluan pemakaian perhiasan wanita. Emas telah menjadi trend pelaburan terkini yang mendapat sambutan yang hebat kerana emas merupakan penyimpan nilai yang kukuh walaupun ekonomi dunia mengalami kemerosotan atau kadar inflasi yang tinggi. Setiap tahun, harga logam mulia ini sentiasa mengalami kenaikan harga yang tinggi. Kini, emas telah menjadi sebutan ramai sebagai inisiatif baru dalam pelaburan kerana logam ini mempunyai kekukuhan dari segi nilainya dan boleh dikatakan bahawa setiap pelabur mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan menceburi dunia pelaburan EMAS. Mungkin anda tertanya bagaimana dan apakah jenis emas yang sesuai untuk pelaburan..? Bagi saya, EMAS yang paling sesuai untuk pelaburan seperti EMAS JONGKONG, DINAR EMAS dan juga barang kemas yang mempunyai kepadatan emas. Pendek kata, menyimpan EMAS lebih baik daripada menyimpan wang tunai.



DINAR & DIRHAM



Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)". Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal









Category: 0 comments

About Me

Foto saya
Malaysia
H/P NO. : 011-221 77 327 email : alishazman77@gmail.com

Followers